Seminar keusahawanan galak orang ramai ceburi perniagaan — Sebastian

Kapitan Aries merakamkan kenangan bersama peserta seminar keusahawanan di Miri.

KUCHING, 16 Dis: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting menyeru kepada sektor swasta untuk menganjur lebih banyak seminar keusahawanan dan bengkel kemahiran kewangan.

Katanya, ia mengalak orang ramai untuk rajin mencari peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan.

“Masyarakat kita memerlukan bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan dari sektor swasta dalam mencari dan meneroka pelbagai peluang perniagaan yang membantu menjana pendapatan untuk mereka dan juga keluarga,” katanya.


Sebastian berkata demikian dalam teks ucapan perasmian seminar keusahawanan ini yang dibaca oleh Kapitan Aries Leong yang telah mewakili beliau dalam majlis ini.

Tambah beliau penganjuran seminar keusahawanan mesin layan diri (vending machine) yang berlangsung di Marriott Resort Miri pada 16 Disember boleh menjadi platform terbaik untuk para peserta mendapat maklumat terkini tentang langkah pertama dan seterusnya dalam menjana pendapatan secara pasif. — DayakDaily