Seluas 120 ekar kawasan terbuka terbakar dalam tempoh enam hari

Pasukan bomba sedang melakukan operasi memadam kebakaran kawasan terbuka.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Ogos 6: Seluas 120 ekar kawasan terbuka telah dilaporkan terbakar di seluruh Sarawak semenjak Khamis lalu (1 Ogos).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kesemua laporan yang diterima itu melibatkan kes di Kuching, Lundu, Miri, Limbang, Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu, Tanjung Manis, Mukah, Kapit, Simunjan, Serian, Bau dan Kota Samarahan.


Katanya, pasukan bomba juga menerima 66 panggilan melibatkan kes kebakaran kawasan terbuka di seluruh negeri.

Bomba menerima 66 panggilan melibatkan kes kebakaran terbuka.

“Pasukan bomba sentiasa berada dalam keadaan siap siaga melakukan operasi pemadaman kebakaran.

“Situasi terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya di sini, hari ini.  DayakDaily