Selit Pesta Bubuk dalam kalendar pelancongan Miri — Datuk Bandar Miri

Adam Yii Siew Sang

KUCHING, 26 Feb: Aktiviti memproses bubuk menjadi pelbagai jenis produk makanan mampu menarik pengunjung datang ke Miri.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MCC) Adam Yii berkata, cincaluk dan belacan merupakan produk popular di kalangan penduduk tempatan.

“Justeru, penganjuran Pesta Bubuk Miri adalah merupakan satu langkah bijak dalam mempromosi produk dari bubuk.


“Kita berharap pesta ini boleh dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Miri,” kata Yii dalam ucapan aluan beliau di Pesta Bubuk Miri di Kuala Baram hari ini.

Pesta itu telah dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Persembahan Seni Datuk Sebastian Ting. — DayakDaily