Seorang pelajar SMK Limbang positif Covid-19, sekolah disanitasi

Kerja-kerja sanitasi dilakukan di SMK Limbang.

KUCHING, 17 April: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang menjalani sanitasi awam pada hari Khamis selepas seorang pelajarnya positif Covid-19.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS), kerja-kerja sanitasi telah dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bahagian Limbang.

“Enam orang guru dan beberapa orang pelajar yang mempunyai kontak rapat kepada pelajar tersebut telah diarahkan menjalani kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari.

“Mereka menjalani ujian calitan Covid-19 pada hari pertama dan hari kesepuluh bagi memastikan mereka ini negatif atau positif,”kata UKAS.

Sanitasi awam di sekolah tersebut adalah bagi mengekang wabak pandemik Covid-19 dari merebak.

Ia juga untuk menjaga keselamatan apabila ianya murid-murid serta guru-guru kembali bertugas apabila tempoh kuarantin tamat. — DayakDaily