Letter to the editor:
PARTI Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) mengalu-ngalukan kelulusan pendaftaran GPS baru-baru ini dan terlebih dahulu juga ingin mengucapkan tahniah kepada PPBM yang bakal melancarkan Parti itu di Sarawak pada 1/12/18 ini.
Kedua-dua peristiwa ini menunjukkan tanda-tanda langkah awal dalam pemulihan negara kepada sistem demokrasi yang tulin dan terbuka.
Namun demikian, dalam kejayaan GPS dan PPBM ini masing-masing, rakyat Sarawak tentu bertanya apakah hak GPS untuk mendapat layanan teristimewa berbanding parti-parti lain yang telah memohon didaftarkan lebih awal dari GPS?
Kedudukan GPS yang menyandang kerusi Kerajaan Sarawak bukanlah satu kelebihan dari segi hak samarata setiap parti yang berhasrat untuk berdaftar.
Mengikut peraturan pendaftaran, setiap parti atau pertubuhan hendaklah mematuhi segala kriteria atau syarat yang telah ditetapkan. Jikalau pematuhan syarat tidak memuaskan, mengapa tiada apa-apa maklum balas ROS setelah 5 bulan menerima permohonan? Proses pendaftaran parti politik pada dasarnya adalah proses pentadbiran yang telah ditetapkan tatacaranya.
Soalan sekarang yang timbul ialah adakah mungkin ROS juga dipengaruhi oleh pihak ketiga yang berkepentingan untuk menghalang sebarang pendaftaran parti baru yang lain?
Kenapa semua masalah PPBM/PH boleh diselesai oleh ROS dalam masa berberapa hari sahaja selapas PH berkuasa. Kebebasan jentera dan fungsi penjawat awam dari pengaruh lain seperti misalnya kepentingan politik telah diperjuangkan PPBM dan YAB Tun Mahathir dahulu semasa PH/PPBM mengahadapi masalah “silent treatment” sekian lama di bawah rejim pemerintahan korup dahulu.
Kita amat khuatiri kesepian ROS sejak ianya menerima permohonan SEDAR jauh lebih awal dari GPS itu mungkin sebenarnya tanda-tanda awal kemunculan “democratic suppression” oleh sebuah jabatan kerajaan mengikut kehendak pihak ketiga. Kalau begitu, akan MATILAH SETIAP BENTUK HARAPAN yang kita semai sejak tarikh keramat 9 Mei 2018.
SEDAR dengan ini, setelah menulis berberapa pucuk surat kepada ROS dan YB Menteri Dalam Negeri tanpa menerima sebarang layanan dari kedua pihak, tiada pilihan selain mempertimbangkan dengan serius untuk menggunakan saluran kehakiman bagi mendapat penyelesaian secepat mungkin.
Tindakan ini tidak aneh dan mengikut jejak langkah yang diumumkan YAB Tun Mahathir dan PH awal tahun ini semasa mereka menghadapi masalah yang SEDAR kini tempuhi.
Dato’ Othman Abdillah
Pengerusi Protem
Parti Sedar Rakyat Sarawak
Disclaimer: The above letter is reproduced as is, and does not represent the views and stand of DayakDaily. DayakDaily assumes no responsibility, legal or otherwise, for its content. DayakDaily does not intend to represent the above content as fact.