Sebuah rumah terbakar di Jalan Muhibbah

Anggota bomba sedang memadam kebakaran tersebut.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Juetila Ozzy

KUCHING: Sebuah rumah di Jalan Muhibbah, di sini dilaporkan terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.56 pagi.


Katanya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dibantu anggota BBP Batu Lintang bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

”Komander Operasi memberitahu kebakaran melibatkan rumah dua tingkat jenis tidak kekal dan telah terbakar 60 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.23 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily