Sebuah lombong ‘bitcoin’ dilumpuhkan di Jalan Batu Kawa-Matang

Rampasan mesin bitcoin dari lokasi serbuan.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 10 Jun: Sebuah premis yang dijadikan pusat melombong bitcoin di Jalan Batu Kawa-Matang di sini dilumpuhkan dalam Op Mining-Bitcoin pada 7 Jun baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata operasi bersepadu tersebut dijalankan bersama kakitangan Sarawak Energy.

Katanya, premis tersebut telah beroperasi secara haram mengakibatkan kerugian sebanyak RM96,000 disebabkan penyambungan elektrik tanpa melalui meter elektrik Sesco.

Dalam operasi tersebut, turut dirampas ialah peralatan melombong bitcoin yang dianggarkan keseluruhannya mencecah RM88,500.

Kesemua rampasan telah dibawa ke IPD Padawan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 dan 427 Kanun Keseksaan.

Tiada tangkapan dibuat sepanjang operasi tersebut, namun tegas Abang Zainal, pihaknya sedang memburu pemilik premis atau penyewa premis untuk melengkapkan siasatan. — DayakDaily