Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah didiami musnah terbakar

Anggota bomba sedang melakukan operasi memadam kebakaran.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Dean Adam

BETONG, Jun 25: Sebuah keluarga di Kampung Maludam di sini tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka terbakar awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu mengakibatkan sebuah rumah struktur tidak kekal dua tingkat terbakar 100 peratus.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian sama turut mengakibatkan sebuah lagi rumah terjejas kira-kira 10 peratus.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.56 pagi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, pemeriksaan mendapati tiada kecederaan melibatkan penghuni rumah tersebut.

“Operasi berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.58 pagi,” ujarnya. — DayakDaily