Sebuah keluarga cemas, rumah didiami terbakar

Kesan kebakaran melibatkan sebuah rumah.

Oleh Dean Adam

MIRI, Jun 23: Sebuah keluarga yang menetap di Taman Permai di sini terjejas selepas kediaman mereka terbakar dalam satu kejadian kebakaran, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu melibatkan sebuah rumah jenis ‘semi-detached’.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 9.50 malam.

Jelasnya, sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Apabila tiba, komander operasi melaporkan kejadian itu melibatkan sebuah kediaman struktur kekal.

“Pasukan bomba kemudian bertindak membuat operasi pemadaman bagi memastikan api tidak merebak ke rumah sebelah,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kecederaan melibatkan penghuni rumah tersebut.

“Operasi tamat selepas api berjaya dipadam sepenuhnya.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam proses siasatan,” ujarnya. — DayakDaily