This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 14 Ogos: Sarawak Dayak Graduates Association (SDGA) bakal menerokai potensi sektor pertanian di negeri ini.
Usaha ini dijayakan melalui kerjasama dengan College Of International Education Of Nanjing Agriculture University (COIE-NAU).
Hari ini SDGA yang diwakili presidennya Dr Jawing Chunggat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tujuan tersebut dengan COIE-NAU yang diwakili Prof Jiqin Han.
Hadir menyaksikan MoU ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu.
“Saya yakin kerjasama ini akan meningkatkan kajian dan hubungan diantara kedua-dua pihak.
“Kedua, kerjasama ini akan mentransformasi sumber yang kita ada seterusnya dikomersialkan.
“Ketiga ialah bagaimana kita memasarkannya,” kata Gerald dalam ucapannya.
Sementara itu, Dr Jawing berkata perkongsian pengetahuan melalui kajian-kajian merupakan elemen penting dalam menjayakan usaha tersebut.
Menurut beliau, ia bakal memberikan impak positif yang selari dengan aspirasi kerajaan Sarawak meningkatkan tahap keselamatan makanan. — DayakDaily