Satu lagi objek disyaki dari roket kapal angkasa milik negara China ditemui di Sungai Kurong, Niah

Objek besi mencurigakan tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak MOSTI untuk tindakan lanjut.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 9 Ogos: Sebuah lagi serpihan disyaki dari roket angkasa milik China-Long March 5B, ditemui lewat petang Ahad (7 Ogos) di dalam sebuah kebun kelapa sawit milik penduduk dari Rumah Panjang Ngadan Muyang, Sungai Kurong Niah.

Penemuan objek itu merupakan kejadian kedua dilaporkan di bahagian Miri selepas 1 Ogos lalu di Taman Goodwill Sepupok, Niah.

Sebuah objek besi mencurigakan yang menyerupai ‘tanduk rusa’ ditemuikan tertanam pada kedalam 20cm di permukaan tanah sebuah kebun sawit milik.

Pemangku Bomba Zon 6 Miri, Ahmad Nizam Sapaiee, objek seberat 16kg yang ditemukan terbenam sedalam 20cm, berjaya dikorek keluar anggota Bomba Batu Niah pagi tadi (Selasa, 9 Ogos) pada jam 10.57.

Operasi mengambil masa sekitar 7 minit.

Turut hadir di lokasi beberapa pegawai dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahkan ada menerima satu laporan polis daripada penghuni rumah panjang tersebut susulan penemuan itu pada Ahad. — DayakDaily