Sarawak sumbang RM1 juta kepada Tabung Keamanan Palestin

A file photo of the Sarawak State Legislative Assembly building.

KUCHING, 7 Julai: Majlis Islam Sarawak, umat Islam dan badan-badan korporat di Sarawak menyumbangkan dana sebanyak RM1 juta kepada Tabung Keamanan Palestin.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), dana sumbangan itu akan diamanahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyalurkannya kepada rakyat Palestin.

Sumbangan tersebut adalah daripada Majlis Islam Sarawak berjumlah RM15,679.90.


Manakala kutipan Sadaq Jumaat Masjid dan surau seluruh Sarawak berjumlah RM41,667.10.

Turut menyumbang ialah Tabung Ihsan Palestin Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) berjumlah RM942,653. — DayakDaily