Sarawak satukan rakyat Malaysia menerusi sukan — Abang Johari

Abang Johari (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada Chef de Mission Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu. Turut kelihatan Abdul Karim (kiri) dan Yeoh (kanan). Foto: Jabatan Penerangan
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 21 Ogos: Sukan adalah medium untuk menyatukan rakyat Malaysia termasuk negara jiran, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, Sarawak sedia untuk memainkan peranan sebagai negeri yang menyatukan Malaysia menerusi penganjuran sukan.

Advertisement

“Bila Datuk Wong Chong Wei menang badminton, kita tidak menganggap beliau sebagai orang cina. Tetapi kita menganggap beliau sebagai pejuang.

“Begitu juga apabila Datuk Pandalela Rinong menang, kita tidak melihat beliau sebagai Bidayuh, juga kita tidak melihat beliau sebagai rakyat Sarawak.

“Tetapi kita melihat beliau (Pandalela) sebagai rakyat Malaysia yang bertanding di peringkat antarabangsa,” kata Abang Johari

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Rasmi Kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Kuching malam ini.

Selain itu, tambah Abang Johari, Sarawak juga komited untuk memainkan peranan menyatukan masyarakat jiran Malaysia.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. — DayakDaily

Advertisement