Sarawak mohon peruntukan tambahan bagi pemetaan geologi dan kajian sumber mineral

Awang Tengah (tengah) di Mesyuarat Mineral Negara Ke-2
Advertisement

KUCHING, 8 Mei: Sarawak memohon peruntukkan tambahan untuk pembangunan pemetaan geologi dan kajian sumber mineral.

Perkara ini dibentangkan Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang menghadiri Mesyuarat Mineral Negara Ke-2 yang diadakan Putra Jaya, pagi tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof turut dihadiri Menteri Besar dari negeri seluruh Malaysia.

Advertisement

Awang Tengah turut menekankan kepentingan Pelan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak (PCDS) 2030 yang menyenaraikan perlombongan sebagai sebagai salah satu fokus. — DayakDaily

Advertisement