Sarawak dapatkan pandangan antarabangsa berhubung telekomunikasi, inovasi digital

Julaihi semasa berucap di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC23) di Barcelona.
Advertisement

KUCHING, 28 Feb: Sarawak akan mendapatkan pandangan tentang sambungan telekomunikasi dan inovasi digital terkini semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC23) di Barcelona, Sepanyol yang bermula pada Isnin.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, ia termasuk teknologi yang dipamerkan oleh pemain industri dan profesional terkemuka di Kongres tersebut.

“Pandangan dan teknologi ini akan meningkatkan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Sarawak,” katanya.

Advertisement

Julaihi dijemput sebagai penceramah semasa hari pertama MWC23 yang dianjurkan oleh Huawei Technologies dan telah dihadiri seramai 150 delegasi antarabangsa.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai Penyediaan Kesalinghubungan Telekomunikasi untuk Komuniti Luar Bandar di Sarawak. — DayakDaily

Advertisement