Sarawak bangunkan cip bagi kerja pengukuran tanah — Abang Johari

Abang Johari berucap di Majlis Perasmian Pusat dan Akademi SMD. Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 26 Jun: Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor Sdn Bhd membangunkan cip baharu bagi kerja-kerja berkaitan pengukuran tanah.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cip tersebut adalah berkonsepkan kaedah pengesanan elektronik.

Advertisement

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Memorandum Persefahaman di antara SMD dan Jabatan Tanah Dan Survei (JTS) hari ini.

“Kerjasama dengan JTS membolehkan SMD membangunkan cip baharu bagi tujuan pengesanan elektronik.

“Projek ini mengutamakan kepentingan kemajuan bidang semikonduktor bersama Electronic Tracking Embedded System (ETES),” katanya.

Abang Johari berkata demikian di Majlis Perasmian Pusat dan Akademi SMD di Bangunan Hock Seng Lee hari ini.

Tambah beliau, usaha ini ada potensi mencari penyelesaian terhadap pelbagai perkara termasuk penandaan tanah, pengiraan kawasan, pengesanan cerun dan kedudukan.

“Saya berharap kerjasama ini seiring dengan pembangunan produk dan seterusnya dikomersialkan bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh rantau ini,” kata Abang Johari. — DayakDaily

Advertisement