‘Sarawak ada hak ke atas Pelabuhan Bintulu’

Masing (tengah, baju biru) menyempurnakan Majlis Penutupan Rasmi Program Local Agenda 21 Tahun 2019, Majlis Daerah Kapit.

KAPIT, Sept 11: Hak Sarawak ke atas Pelabuhan Bintulu ada asasnya.

Demikian tegas Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Ujar beliau, Bintulu adalah sebahagian daripada negeri ini dan hasil yang diperoleh dari Pelabuhan Bintulu adalah hasil bumi Sarawak.


“Sarawak akan menuntut pelabuhan Bintulu melalui perundangan serta melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Ini kerana, kerajaan Sarawak ikhlas dan jujur untuk mempertahankan hak negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penutupan Rasmi Program Local Agenda 21 Tahun 2019, Majlis Daerah Kapit di Rumah Panjang Inguh, Sungai Paku, Baleh.

Dalam majlis sama, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM15,000 kepada JKKK Rumah Inguh dan RM5,000 kepada Biro Wanita rumah panjang tersebut.

Katanya, bantuan kepada para penduduk di kawasan Baleh diagih sama rata dan tiada pilih kasih. — DayakDaily