‘Sarang’ penagih dadah di Jalan Haji Taha diserbu, 6 individu positif dadah ditangkap

Pemeriksaan dilakukan oleh anggota penguatkuasa AADK.

KUCHING, 30 April: Sebuah bangunan terbiar di Jalan Haji Taha, di sini yang dipercayai dijadikan sarang penagih dadah diserbu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada malam tadi.

Hasilnya, seramai tiga lelaki dan tiga wanita berusia 30 hingga 40 tahun ditangkap selepas saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu.

Ekoran itu, keenam-enam mereka telah di bawa ke Ibu Pejabat AADK Sarawak untuk tindakan selanjut di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.


AADK Sarawak dalam kenyataannya hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan aktiviti berkaitan dadah.

Justeru katanya, untuk sebarang aduan atau maklumat terutamanya berkaitan Program Rawatan dan Pemulihan oleh AADK boleh menghubungi AADK di talian 03-89112233 atau 019-6262233. — DayakDaily