SAR mangsa terjun sungai di Simunjan diaktif semula

Fire and Rescue Department Malaysia/ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia logo

SIMUNJAN, 13 Feb: Operasi Mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai terjun ke sungai Batang Sadong pada malam Khamis lalu (10 Feb) diaktifkan semula hari ini selepas terdapat maklumat baharu mengenai insiden tersebut.

Jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pengaktifan semula ops tersebut dilakukan selepaa terdapat lopran mengenai kes orang hilang diterima oleh pihak polis berkait dengan insiden tersebut.

“kita telah mengarah anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Mat Undek bersama enam anggota untuk melaksanakan Ops SAR ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Dalam kejadian malam khamis lalu, mangsa, 30, dikatakan lari ke arah Pengkalan Feri Sungai Buloh untuk bersembunyi bagi mengelak daripada kepungan orang Kampung bertindak terjun ke sungai Batang Sadong.

Walaupun cuba diselamatkan oleh beberapa orang yang sedang memancing di lokasi kejadian namum mangsa terus berenang dan tidak dapat dipastikan kemana arah mangsa dibawa arus sungai.

Katanya, pencarian pada malam khamis lalu dilakukan pada jarak radius 700 meter arah hilir sungai daripada lokasi mangsa dilaporkan terjun.

Bagaimanapun , hanya kesan tapak kaki dipercayai milik mangsa ditemui yang disyaki ketika mangsa naik ke daratan berdekatan pangkalan feri lama Sungai Buluh namun kelibat mangsa masih tidak dijumpai. – DayakDaily