Samun kedai seramik, dua suspek ditangkap, seorang lagi masih bebas

Antara barangan yang dijual di kedai seramik tersebut.

KUCHING, 12 Okt: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menangkap Dua lelaki yang dipercayai ahli kumpulan yang melakukan samun sebuah kedai menjual produk dan barangan seramik dari China di kawasan Stutong, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun ditangkap pada 10 Okt lalu.

Katanya, mereka ditangkap sehari selepas pihaknya menerima laporan berhuhung kejadian.


Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Semakan juga mendapati kedua-dua suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau.

Manakala seorang lagi suspek yang masih bebas sedang giat dikesan oleh pihak polis. — DayakDaily