This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 24 Julai: Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengakui tugas di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup berdepan dengan pelbagai tekanan.
Nanta yang pernah menggalas tugas menteri di Kementerian itu berkata, tekanan datang dari pelbagai sudut.
Beliau mengulas berhubung pemergian Menteri Datuk Seri Salahuddin Ayub semalam.
“Saya pernah menjadi menteri di kementerian yang beliau. Saya tahu sangat tekanan di kementerian itu,” katanya pada sidang media di Kuching hari ini.
Tambah Nanta, beberapa minggu lepas beliau berbual dengan mendiang Salahuddin sebelum kabinet bermula.
Mendiang katanya berdepan tekanan kerana tugas di Kementerian.
“Saya faham kerana saya telah di sana dulu, memang mendiang (Salahuddin) sangat prihatin kepada rakyat.
“Mendiang sangat bersungguh hendak mengawal segala masalah harga barang,” kata Nanta. — DayakDaily