SADA giat bangunkan kawasan Bakong di Sri Aman

Rohani (dua kiri) turut bersama penduduk kampung melapah daging korban.
Advertisement

KUCHING, 19 Jun: Kawasan Bakong di Sri Aman kini sedang giat dibangunkan menerusi Sri Aman Development Agency (SADA).

Pengerusi SADA Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, antara projek ialah Proposed Stirau – Bakong Bypass, Lingga, Sri Aman, Proposed Riverbank Protection Works at Bakong – Sunga Area, Sri Aman (Package A).

“SADA juga melaksanakan Proposed Drainage and Irrigation Infrastructure at Stirau, Antik and Bakong Area, Sri Aman (Package A),” kata Rohani.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ibadah Korban 2024 di Perkarangan Padang Futsal Kampung Melayu Bakong pada semalam.

Dalam pada itu, Rohani mahu SADA terus dikenali khususnya oleh komuniti setempat.

Katanya, jika terdapat kekurangan dalam pembangunan di kawasan-kawasan seperti Kpg Bakong dan sekitarnya, perkara itu boleh dimaklumkan kepada pihak SADA.

“Ada juga cadangan untuk mengadakan salah satu roadshow SADA 2024 di Kampung Bakong dalam tahun ini.

“Kita berharap agar komuniti di Kampung Bakong dapat bersama-sama memberi sokongan dan menjayakan program ini kelak,” ujar beliau.

Sementara itu, tiga ekor lembu telah dikorbankan untuk 40 keluarga di Kampung Bakong pada program tersebut.

Dua ekor lembu telah disumbangkan oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Sarawak iaitu Dato Hanifah Hajar Taib, manakala seekor lagi adalah sumbangan oleh 7 orang ahli PERKIM dan keluarga mereka. ā€” DayakDaily

Advertisement