S4S bertanding PRN12 melalui Pakatan Referendum

Pemimpin gerakan S4S

KUCHING, 7 Mac: Gerakan Sarawak for Sarawakians (S4S) akan bertanding pada Pilihanraya Negeri Ke-12 (PRN12) melalui gabungan Pakatan Referendum.

Jurucakap S4S, Alex Leong, berkata mereka pada ketika ini sedang mengenalpasti calon-calon yang sesuai.

“S4S akan melantik calon-calon untuk bertanding pada PRN12. Kita juga mungkin akan berkerjasama dengan parti-parti politik tempatan yang lain melalui gabungan Pakatan Referendum,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.


Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa S4S telah menubuhkan pejabat perhubungan di Kuching.

Katanya, penubuhan pejabat di Poh Kwong Park adalah sebagai komitmen tinggi S4S menghadapi pilihanraya nanti.

“Kita juga akan menubuhkan pejabat yang sama di bandar- bandar lain di Sarawak,” katanya.

Sebelum ini, S4S pernah menyatakan hasrat untuk bertanding di kesemua kerusi-kerusi utama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, termasuk kawasan pedalaman.

S4S juga sedang berusaha untuk mendafter gerakan tersebut sebagai sebuah pertubuhan yang sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk menubuhkan parti politik. — DayakDaily