Rumah urut dan pub tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKPB 2-15 Mac

A file photo of a wedding celebration. Photo credit: Pixabay
Advertisement

KUCHING, 28 Feb: Pengoperasian rumah urut, spa dan refleksologi antara aktiviti yang tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak berkuatkuasa 2 hingga 15 Mac 2021.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, prosedur operasi standard (SOP) terbaharu itu juga tidak membenarkan aktiviti di kelab malam atau pub.

Turut di dalam senarai aktiviti yang tidak dibenarkan ialah taman tema, karaoke termasuk karaoke keluarga, indoor playground dan panggung wayang.

Advertisement

“Bagi sukan dan rekreasi, senarai aktiviti tidak dibenarkan melibatkan penganjuran pertandingan tempatan dan antarabangsa tanpa kelulusan Kementerian Belia dan Sukan.

“Penyertaan peserta dan pegawai dari luar negara ke pertandingan sukan di Malaysia tanpa kebenaran masuk dari Jabatan Imigresen Malaysia.

‘Aktiviti massa yang melibatkan penyertaan melebihi 200 orang pada satu satu masa,” kata JPBNS.

SOP PKPB yang dikemas kini pada 26 Februari lepas itu juga tidak membenarkan majlis sosial diadakan.

Ia melibatkan majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan hari kelahiran, reunion dan retreat . — DayakDaily

Advertisement