Rumah terbakar di Kampung Bako

Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Bako.

KUCHING, 26 Okt: Sebuah rumah di Kampung Bako, Jalan Bako di sini dilaporkan musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan dari MERS999 pada jam 9.46 pagi.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak mengarahkan keluaran jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaga dan Petra Jaya ke lokasi kejadian.


“Komander operasi melaporkan setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah 1 tingkat jenis tidak kekal dalam anggaran 30×80 kaki persegi telah terbakar 100 peratus.

“Didapati tindakan awal oleh orang kampung dan pasukan Bomba sukarela memadam kebakaran menggunakan aliran hos paip domestik.

“Pasukan bomba bertindak menggunakan 1 aliran salur bantu mula air dari tangki pam jentera Bomba secara relay pump dari jentera BBP Petra Jaya ke jentera BBP Tabuan Jaya sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, tiada penghuni rumah berada di rumah semasa kebakaran berlaku.

“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan,” katanya.

Operasi terkawal pada jam 10.26 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 11.45 pagi.

“Setelah memastikan jeadaan di lokasi selamat, pasukan Bomba kemudian bertolak balik ke balai,” katanya. — DayakDaily