Rumah pekerja 4 pintu musnah terbakar

Anggota Bomba memastikan kebakaran tersebut padam sepenuhnya.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


MIRI, 15 Dis: Sebuah blok rumah pekerja di Jalan Pesisir Miri-Bintulu, di sini dilaporkan terbakar pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilapkrkan berlaku pada jam 10.08 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba Batu Niah terus digerakan ke lokasi sejurus laporan diterima.


“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kejadian kebakaran melibat sebuah rumah pekerja yang mempunyai empat pintu telah musnah terbakar.

“Pasukan bomba membuat pemadaman sisa-sisa kebakaran menggunakan dua pancutan 1 aliran 200 kaki yang dihubungkan dari jentera dan sumber air terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.40 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakafan dan taksiran jumlah kerugian serta diselamatkan masih dalam siasatan. — DayakDaily