Rumah pekerja 22 pintu di Jalan Kuari, musnah terbakar

Keadaan rumah yang terbakar.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SIBU, 28 Nov: Dua blok rumah pekerja 22 pintu di sebuah kilang di Jalan Kuari, di sini musnah dalam satu kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 9.45 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi mendapati kebakaran melibatkan dua buah rumah pekerja jenis tidak kekal yang telah terbakar 100 peratus.


“Rumah pertama jenis satu tingkat mempunyai enam pintu dan tiga daripadanya tidak berpenghuni, manakala rumah kedua jenis dua tingkat mempunyai lapan pintu di tingkat atas dan lapan pintu lagi di tingkat bawah.

“Kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya juga, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.40 petang.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily