Rumah Panjang Buma Lembu terima bantuan makanan

Pihak JKM Sri Aman menghantar bantuan makanan kepada penduduk di Rumah Panjang Buma Lembu.
Advertisement

KUCHING, 17 April: Seramai 32 orang penghuni Rumah Panjang Buma Lembu di Entalun Skrang telah menerima bantuan makanan pada Jumaat lepas.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS), bantuan disampaikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman.

Rumah Panjang Buma Lembu dikenakan sekatan pergerakan dan dikuarantin mulai 15 hingga 28 April 2021.

Advertisement

Pihak Polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut mengawasi pergerakan mereka bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, UKAS turut melaporkan bahawa para peniaga di Pekan Sebuyau mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan melalui pemeriksaan yang dilakukan pihak berkuasa.

Tinjauan oleh Polis dan Rela Sebuyau pada Jumaat diadakan bagi memberi pendedahan mengenai SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada peniaga dan komuniti di Sebuyau.

Ia juga bertujuan bagi memastikan komuniti lebih fokus kepada tahap pematuhan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, terdapat juga premis yang sudah menggunakan kod QR untuk memastikan pelanggan mengisi butir-butir peribadi sebelum memasuki premis perniagaan sebagai inisiatif pengesanan kontak jika terjadi sesuatu. — DayakDaily

Advertisement