Majlis Amal Deepavali bantu 60 golongan kurang bernasib baik

Lo (dua dari kiri) menyerahkan bakul makanan kepada salah seorang penerima.

KUCHING, 15 Okt: Seramai 60 golongan kurang bernasib baik hari ini menerima bantuan bakul makanan dan kewangan di Majlis Amal Deepavali 2022.

Diadakan di Dewan Persatuan India Kuching (IAK), bantuan telah diserahkan Adun Batu Kitang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang.

Majlis yang diadakan bersempena Sambutan Perayaan Deepavali itu bertujuan meringankan beban penerima dalam membuat persiapan menyambut perayaan tersebut yang akan menjelang tidak lama lagi.


“Saya juga berharap amalan bersedekah ini bukan sahaja kita lakukan pada musim perayaan sahaja.

“Bahkan di amalkan dalam kehidupan seharian kita. Ini kerana, amalan bersedekah atau bantu-membantu dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita,” kata Lo dalam ucapannya.

Turut hadir Presiden Jawatankuasa Majlis Amal Deepavali 2022 Anthony Ramanair dan Presiden Kuil Sri Maha Mariamman Shankar Ram Asnani. — DayakDaily