Penghantaran makanan kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Long Bemang diteruskan

Penghantaran makan giat dilakukan di Kampung Long Bemang.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 12 Okt: Misi menghantar makanan kepada penduduk terjejas akibat banjir di Kampung Long Bemang diteruskan.

Seramai 22 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Long Bemang menggunakan tujuh buah perahu pada Rabu menghantar sebanyak 120 bakul makanan kepada penduduk kampung tersebut selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan berterusan pada Ahad.


Menurut jurucakap PBS Long Bemang ,paras air hari ini ada menunjukkan sedikit penurunan iaitu 4.5 kaki berbanding semalam pada 4.9 kaki.

Kampung Long Bemang mempunyai 530 penduduk. — DayakDaily