Rumah Enjan Gos, Tatau kini miliki kemudahan internet

Tr Enjan ucap terima kasih di atas pelaksanaan Projek Wifi Saluran.

KUCHING, 14 April: Penduduk Rumah Enjan Gos, Nanga Biban di Tatau kini telah menikmati kemudahan internet menerusi Projek Wifi Saluran.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), projek merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak menerusi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Dalam pada itu, Tuai Rumah Enjan Gos mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah menyediakan kemudahan internet di rumah panjang ini.


“Sebelum ini, anak dan cucu kami yang masih belajar terpaksa untuk ke Pekan Tatau untuk mendapatkan kemudahan Internet.

“Projek Wifi Saluran ini amat membantu penduduk khususnya pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka,” katanya ketika ditemui pada Selasa.

Pelaksanaan projek turut menerima bantuan dan sokongan Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera yang juga ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai. — DayakDaily