Rumah diceroboh perompak bersenjata, tiga sekeluarga diikat

PDRM logo.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Ogos 9: Sepasang suami isteri dan seorang anak mereka terpaksa mengharungi detik cemas apabila diikat selepas rumah mereka diceroboh sekumpulan perompak, awal hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku di Batu 7, Jalan Matang, di sini.


Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Aidil Bolhassan, berkata kejadian berlaku semasa tiga beranak tersebut sedang tidur. Kumpulan perompak yang bersenjatakan pisau kemudian mengikat ketiga-tiga mangsa.

“Kumpulan perompak tersebut kemudian menyelongkar rumah mangsa. Penjenayah melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda serta barang berharga milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Tambah Aidil, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. —DayakDaily