Rokok dan minuman keras bernilai RM112,205 dirampas di Sibu

Rokok dan minuman keras yang dirampas.
Advertisement

SIBU, 18 Julai: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 10 merampas pelbagai jenis rokok dan minuman keras dianggarkan bernilai RM112,205.44 dalam operasi Op Kontraban semalam.

Menurut kenyataan PGA Briged Sarawak, anggotanya membuat intipan selama 4 jam ke atas sebuah premis di Bandar Sibu sehingga jam 4.15 petang.

Katanya, serbuan dilakukan selepas itu dan mendapati terdapat seorang lelaki tempatan yang mengaku bekerja sebagai penjaga premis.

Advertisement

Pasukan operasi kemudian terus melakukan pemeriksaan dan menemui pelbagai jenis rokok dan minuman keras yang disyaki tidak bercukai dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ekoran itu, suspek ditangkap selepas didapati gagal menunjukkan dokumen yang sah pemilikan ke atas rokok dan minuman keras tersebut.

Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM89,100 (rokok putih), RM1,705.60 (rokok kretek) dan RM21,399.84.

Tangkapan dan barang rampasan kemudian diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sibu untuk tindakan selanjutnya di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. — DayakDaily

Advertisement