RMK13: RM140 juta diperlukan bagi kerja ukur perimeter NCR

Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Advertisement

KUCHING, 30 Okt: Sejumlah RM140 juta diperlukan dari Kerajaan Pusat untuk pengukuran perimeter Tanah Adat Hak Bumiputera (NCR) dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ia melibatkan kawasan sebanyak 190 ribu hektar dan pengukuran lot individu sebanyak 154 ribu hektar.

“Program ini penting untuk mengenal pasti dan mengesahkan sempadan tanah NCR yang sahih serta didaftarkan di dalam daftar tanah,” kata Uggah.

Advertisement

Beliau berkata demikian di Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di Kuching hari ini.

Jelas Uggah pengukuran perimeter penting bgai memastikan hak pemilikan tanah Adat Bumiputera terpelihara. — DayakDaily

Advertisement