RM20,000 menanti ‘Raja Sungai’ Regata Mukah 2024

Raja Sungai Regatta Mukah 2024 akan berlangsung di Batang Mukah dari 19 hingga 21 Julai 2024.
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 9 Julai: Hadiah lumayan berjumlah RM20,000 menanti Raja Sungai Regata Mukah 2024.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), ia akan berlangsung di Batang Mukah bermula 19 hingga 21 Julai nanti.

Advertisement

Taklimat perlumbaan dan sesi cabutan alur oleh Jawatankuasa Teknikal Perlumbaan Perahu Bidar Regata Mukah 2024 telah diadakan pada Sabtu (6 Julai) lepas.

Sebanyak 214 buah perahu telah didaftarkan di mana 21 pasukan telah mengesahkan penyertaan bagi setiap acara Regata Mukah yang akan diadakan di Tebingan Batang Mukah.

Penduduk Mukah dan sekitarnya dijemput memeriahkan Regata Mukah 2024 pada 19 hingga 21 Julai nanti untuk melihat pasukan mana yang merangkul gelaran Raja Sungai kali ini. — DayakDaily

Advertisement