RM200 Ribu Geran Mrp Diagihkan Di Tubau Sebauh

Cukpai (tengah) menyerahkan cek MRP kepada wakil masyarakat sambil disaksikan oleh Wilson (berbaju putih) dan Majang (berbaju hijau).

SEBAUH : Ahli Parlimen P.216 Hulu Rejang YB Datuk Wilson Ugak Kumbong telah merasmikan majlis Program Mesra Rakyat yang disertai oleh kira – kira 30 orang ketua masyarakat dan ketua kaum serta 600 penduduk di Rumah Ballrury, Sungai Sebutin, Tubau semalam.

Majlis yang dianjurkan oleh KEMAS P.216 Hulu Rejang itu juga turut menyaksikan pembahagian geran projek kecil luar bandar (MRP) dari Ahli Dewan Undangan Negeri N.66 Murum YB Kennedy Chukpai kepada 27 rumah panjang dan persatuan di kawasan Tubau berjumlah RM 180,000.00 sementara YB Datuk Wilson Ugak serta Ahli Dewan Undangan Negeri N.70 Samalaju Majang Renggi juga masing – masing telah menyumbangkan geran MRP berjumlah RM 10,000.00.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri iaitu Encik Michael Mujah, Puan Jenny Bangga dan Cik Beatrice Kedoh Tajang serta Pegawai Daerah Sebauh, Encik William Manggui. – dayakdaily.com