‘Rizal’ dikehendaki polis bantu siasatan kes samun

Suspek yang dikehendaki polis.

KUCHING, 29 Mac: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mengesan seorang lelaki warga asing untuk membantu siasatan kes samun sehingga mendatangkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata suspek merupakan warganegara Indonesia yang dikenali sebagai Rizal, berusia 20an.

“Suspek dikehendaki untuk membantu siasatan bersabit kes samun mendatangkan cedera yang dilaporkan berlaku pada 26 Mac, sekitar jam 7.15 petang.

“Kes dilaporkan berlaku di sebuah kedai kopitiam di Jalan Petanak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Ahsmon mengalu-alukan orang ramai untuk tampil memberi kerjasama jika mempunyai maklumat berkenaan suspek.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Elvin Manjan di talian 0128989877 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. — DayakDaily