Riot serah peruntukan MRP berjumlah lebih RM600,000 kepada 52 penerima

Riot menyampaikan cek kepada seorang penerima di Leort Cottage, Kampung Piching hari ini (21 Dis 2020).

SERIAN, Dis 21: Ahli Parliamen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem hari ini telah menyerahkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah lebih RM600,000 kepada beberapa individu dan persatuan, termasuk pelajar cemerlang.

“Pada pagi ini, saya telah menyerahkan bantuan pendidikan kepada anak-anak warga Serian untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negeri dan cek (MRP) Ahli Parlimen Serian Siri Ke-9 untuk tahun 2020.

“Untuk makluman semua, ini merupakan siri ke-9 iaitu sebanyak sembilan kali saya telah menyerahkan cek MRP bagi tahun 2020 kepada para pelajar, JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), persatuan-persatuan, kaum ibu, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), sekolah-sekolah, gereja, masjid dan kuil,” kata Riot ketika menyerahkan cek-cek tersebut di Leort Cottage, Kampung Piching, kira-kira 12km dari sini, hari ini.


Kelihatan Riot (depan, dua dari kanan) bergambar bersama penerima-penerima MRP di Leort Cottage, Kampung Piching, kira-kira 12km dari Serian, hari ini (21 Dis 2020).

Tambah Riot lagi, bantuan pendidikan juga diberikan kepada empat pelajar yang akan melanjutkan pengajian dan sebanyak 47 individu menerima cek MRP.

Peruntukan berjumlah lebih kurang RM600,000 telah diberi kepada 52 orang dan persatuan hari ini. — DayakDaily