‘Rider’ makanan maut dalam kemalangan di Kota Samarahan

Keadaan motosikal mangsa yang rosak di bahagian hadapan selepas kemalangan tersebut.

SAMARAHAN, 2 Nov: Seorang penghantar (Rider) makanan maut apabila motosikal ditungganginya melanggar sebuah kereta yang dikatakan keluar simpang sebuah kedai di Kilometer 9 Jalan Datuk Mohd Musa, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata lelaki berusia 25 tahun itu semasa kejadian dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kampung Tanjung Bundong, sekitar jam 5.50 petang.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta keluar simpang (hardware Min Liong) telah dilanggar mangsa yang bergerak lurus dari arah Kuching menuju ke Kota Samarahan.


“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulan yang tiba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anggota polis dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkusaan Trafik IPD Kota Samarahan hadir di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Siasatan lanjut kes dijalankan dk bawah Seksye 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily