Wanita selisih maut, kereta terbabas dan terbalik di Sarikei

Keadaan kereta mangsa yang terbalik di lokas kejadian.

SARIKEI, 2 Nov: Seorang wanita berselisih maut kerana hanya mengalami kecederaan ringan selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu terbalik di Jalan Lichok Saratok-Sarikei, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 6.44 pagi dan beberapa anggota dari Balai Bomba Sarikei terus ke lokasi kejadian.

“Sampai di tempat kejadian, didapati sebuah kereta kemalangan kendiri, pemandunya soerang wanita berjaya keluar dari dalam kereta dan mengalami kecederaan ringan.


“Mangsa diberikan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai selepas membuat pemantauan dan memastikan keadaan benar-benar selamat di tempat kejadian. — DayakDaily