‘Rider’ Foodpanda patah tulang paha kiri selepas dilanggar sebuah kereta di Senadin

Mangsa telah dihantar anggota APM Miri ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 24 Sept: Seorang penghantar makanan Foodpanda patah tulang paha kiri selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Viva yang keluar mengejut dari simpang jalan lewat petang tadi di Senadin.

Dalam kejadian, mangsa, seorang lelaki berusia 22 tahun, sedang dalam perjalanan menghantar makanan di kawasan tersebut sebelum dilanggar.


Menurut pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri Kapten (PA) Usman Harto, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian sekitar jam 5.19 petang.

“Seramai empat anggota APM Miro dikerahkan ke lokasi, telah membuat rawatan awal ke atas diri mangsa dengan memasang cervical collar dileher mangsa dan memasang splin kaki dan splin tangan,” ujar Usman. — DayakDaily