Ribut kencang musnahkan bumbung dan siling Rh Sking, Nanga Merit

Keadaan bumbung dan siling Rh Sking, Nanga Merit yang rosak dilanda ribut kencang.

KUCHING, Ogos 19: Kejadian ribut kencang yang melanda Rumah Sking, Nanga Merit di Kapit pada Rabu lepas merosakkan bumbung dan 22 buah bilik.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 11 malam itu turut merosakan sebahagian siling rumah panjang tersebut.

Menurut Jawatankuasa Bencana Bahagian Kapit, pihak pejabat pegawai daerah, Bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanam Awam(APM) telah bergerak ke lokasi kelmarin untuk membuat pemantauan.


Keadaan bumbung dan siling Rh Sking, Nanga Merit yang rosak dilanda ribut kencang.

Perjalanan dari Kapit ke Rh Sking menggunakan bot laju mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.

Bantuan awal telah diberi kepada mangsa-mangsa dan keadaan terkawal. — DayakDaily