Stor barang kilang Weida Intergrated musnah dalam kebakaran

Anggota bomba berusaha memadamkan api yang membakar ruang stor Kilang Weida Intergrated.

KUCHING, Ogos 19: Ruang stor barang Kilang Weida Intergrated musnah dalam satu kebakaran malam tadi.

Kejadian yang bermula sekitar jam 9.40 malam itu memusnahkan 80 peratus simpanan produk paip polimer.

Turut musnah sebuah jentera ‘forklift’ yang disimpan di dalam stor tersebut.


Empat Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) dengan anggota dan jentera iaitu BBP Tabuan Jaya, Petra Jaya, Padungan dan Kota Samarahan dikerah ke lokasi sebaik menerima laporan pada jam 9.40 malam.

Komander operasi melaporkan 2 ruang stor berkeluasan 30′ × 40′ dan 10′ × 20′ telah terbakar 100 peratus.

Pada jam 1.46 pagi (hari ini), kebakaran telah merebak ke dalam kilang dan menyebabkan sebuah mesin terbakar 100 peratus.

Pihak Bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 2:42 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.19 pagi. — DayakDaily