Rh Endu, Rantau Entebang terima peruntukan RM180,000

Mawan(empat dari kiri) ketika lawatan ke tapak pembinaan rumah panjang Endu yang baharu di Rantau Entebang.

KUCHING, JUN 15: Kerajaan menerusi Projek Kecil Pemulihan dan Pembangunan memperuntukan RM180,000 kepada Rumah Panjang Endu Ak Usar, Rantau Entebang, Jalan Wak Pakan.

Dengan peruntukan tersebut, setiap pintu rumah panjang 15 pintu itu menerima RM12,000.

Menurut Adun Pakan Tan Sri William Mawan, ia untuk membantu penduduk Rumah Panjang Endun membeli bahan-bahan binaan.


“Bantuan kewangan dari kerajaan ini amat dihargai oleh penduduk dimana ianya akan digunakan untuk membeli atap serta bahan-bahan binaan rumah panjang mereka,” kata Mawan.

Beliau pada hari ini mengadakan perjumpaan dengan penduduk untuk melihat status pembinaan rumah panjang baharu tersebut.

Menurut Mawan lagi, beliau kini sedang aktif turun padang untuk memantau projek pembinaan rumah panjang berkenaan.—DayakDaily