Respon positif Pelabuhan Senari dan Miri sebagai zon perdagangan bebas

Awang Tengah dan Tengku Fazrul pada sidang media di Kuching.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 29 Julai: Cadangan Sarawak untuk menjadikan Pelabuhan Senari di Kuching dan Pelabuhan Miri sebagai zon perdagangan bebas mendapat respon positif daripada Kerajaan Pusat.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, buat masa ini tumpuan diberikan kepada kedua-dua pelabuhan tersebut.

Advertisement

“Memang keperluan yang sama ada di Pelabuhan Bintulu dan Samalaju.

“Namun, kita beri tumpuan kepada kedua-dua (Pelabuhan Senari dan Miri) dahulu,” katanya.

Awang Tengah berkata demikian pada sidang media selesai Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di antara Kerajaan Sarawak dan MITI.

Hadir sama Menteri MITI Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Awang Tengah juga memaklumkan bahawa Sarawak meminta pertimbangan melalui MITI dan kerajaan persekutuan untuk memperbesarkan lagi industri di kawasan Samajaya.

Katanya, Sarawak memerlukan peruntukan untuk tujuan tersebut.

Awang Tengah turut memaklumkan bahawa nilai pelaburan luar di Sarawak setakat Jun 2024 mencecah RM10.4 bilion.

“Nilai pelaburan langsung asing (FDI) ialah RM5.7 bilion, manakala nilai pelaburan langsung domestik berjumlah RM4.7 bilion,” kata Awang Tengah. — DayakDaily

Advertisement