Remin Asuh lokasi pilihan, rasai umai ikan Winnie Albert

Remin Asuh lokasi popular untuk berkumpul dan berhibur sambil menjamu selera.
Advertisement

KUCHING, 16 Julai: Beroperasi sejak 2018, Remin Asuh terus dikunjungi orang ramai sebagai lokasi popular untuk berkumpul, bersembang dan berhibur.

Bagi pengemar masakan Dayak, premis yang terletak di persimpangan Jalan Kumpang di Bandaraya Kuching adalah pilihan tepat.

Remin Asuh (bahasa Bidayuh) membawa maksud rumah asap, dimana premis ini juga dikunjungi oleh pelancong seperti dari Filipina, Indonesia, Brunei dan Semenanjung Malaysia.

Advertisement
Pengusaha gerai D n C sedang sibuk di dapur.

Menurut pengusaha gerai D n C, menu yang paling popular ialah ikan keli sup tempoyak.

Katanya, hampir setiap malam ada tempahan bagi menu tersebut dari pelanggan.

“Selain itu, masakan daun timun campur jagung, terung asam yang dimasak sup bersama ikan patin dan tulang babi juga antara yang kerap diminta oleh pelanggan,” katanya.

Selain D n C, terdapat beberapa gerai lain yang menjual pelbagai jenis makanan.

Penyanyi terkenal Iban, Winnie Albert turut mengusahakan sebuah gerai di Remin Asuh dengan menu popular beliau, umai ikan.

Umai ikan dari gerai Winnie Albert.

Sementara itu, Remin Asuh memiliki pelanggan tetap yang singgah untuk berehat setelah penat bekerja seharian.

Pada malam Jumaat pula, premis ini menyediakan karaoke kepada pelanggan dengan bayaran RM3 untuk sebuah lagu.

Remin Asuh dibuka mulai jam 5 petang hingga 12 tengah malam. — DayakDaily

Advertisement