Remaja perempuan antara tujuh ditangkap disyaki terlibat dadah

Operasi Ambang Tahun Baru 2022 oleh IPD Kuching.
Advertisement

KUCHING, 2 Jan: Remaja perempuan berusia 15 tahun antara tujuh individu ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Supt Merbin Lisa berkata kesemua suspek ditangkap dalam tiga operasi berasingan sempena ambang Tahun Baharu 2022 di sekitar kawasan Satok, Padungan dan pusat bandaraya.

Katanya, enam lagi yang ditangkap adalah lelaki berusia lingkungan 22 hingga 49 tahun.

Advertisement

ā€œKesemua suspek adalah warga tempatan dan pasukan operasi turut merampas satu paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kejernihan disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 5.72 gram,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, pasukan operasi turut melakukan pemeriksaan ke atas 14 premis hiburan dan beberapa kawasan tumpuan orang ramai di sekitar pusat bandaraya.

ā€œSeramai 2,424 individu dan sebanyak 1,484 buah kenderaan diperiksa sepanjang operasi tersebut yang berakhir pada jam 3 pagi.

ā€œSebanyak 15 kompaun bernilai RM15,000 dikeluarkan iaitu 12 ke atas premis dan tiga lagi perseorangan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19,ā€ katanya. ā€“ DayakDaily

Advertisement