Remaja ditahan, kes rogol gadis bawah umur

Suspek semasa ditangkap untuk siasatan lanjut.

KUCHING, 20 Julai: Seorang remaja lelaki ditangkap selepas didakwa merogol seorang gadis berusia 13 tahun yang baru dikenalinya pada 15 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata suspek berusia 18 tahun dikatakan berkenalan dengan mangsa menerusi aplikasi WhatsApp.

Jelasnya, suspek kemudian berjumpa buat kali pertama dengan mangsa pada 15 Mei iaitu hari ke-3 Hari Raya Aidilfitri.


Mangsa kemudian dikatakan dibawa suspek ke satu kawasan perumahan di Muara Tuang dan kemudian memaksanya membuka baju dan seluar.

Kejadian tersebut hanya dilaporkan oleh bapa mangsa pada 19 Julai selepas mangsa menceritakan kepadanya.

Bertindak kepada laporan tersebut, suspek berjaya ditangkap di tepi jalan Lapangan Terbang Lama, Kuching pada jam 8.10 malam semalam.

Suspek semasa disoal siasat tidak mengaku ada melakukan hubungan seks dengan mangsa dan cuma menganggapnya sebagai kawan biasa.

Walaubagaimanapun, siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. — DayakDaily