KOTA PADAWAN, 28 Julai: Seorang remaja lelaki dipercayai terlibat kegiatan perjudian ditangkap dalam satu operasi di Kampung Bawang, Jalan Puncak Borneo semalam.
Difahamkan remaja berusia 19 tahun itu ditangkap di sebuah kedai di tepi jalan kampung tersebut sekitar jam 4.45 petang.
Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata hasil siasatan mendapati suspek berasal dari Kampung Krangan Engkatak, Batu 56 Jalan Kuching-Serian.
Beliau menambah, pasukan serbuan turut merampas seunit telefon bimbit, sejumlah wang tunai dan kertas-kertas ditulis dengan angka dipercayai berkaitan kegiatan perjudian tersebut.
Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. — DayakDaily