Remaja berusia 13 tahun ditangkap, disyaki sembunyi motosikal curi di tepi sungai di Bau

Motosikal yang disembunyikan di tepi sungai di Kampung Barieng.
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

BAU, 17 Julai: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas dipercayai menyembunyikan sebuah motosikal disyaki dicuri di tepi sungai di Kampung Barieng, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Jawai Francis Kempas berkata pihaknya terdahulu menerima laporan kehilangan sebuah motosikal di kampung tersebut sekitar jam 1 petang pada Isnin (15 Julai).

Advertisement

Katanya, bertindak atas maklumat, lebih kurang jam 12 tengah hari, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap suspek.

“Hasil soal siasat terhadap suspek, pihak polis telah merampas motosikal beserta kunci yang disembunyikan di tepi sungai Kampung Barieng.

“Semakan mendapati bahawa motosikal tersebut adalah motosikal yang baru dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suspek yang tidak memiliki rekod lampau telah disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda. ā€” DayakDaily

Advertisement